Skip to main content

Testimoni Kanser Belakang Hidung Stage 4 (Nasopharyngeal Carcinoma)(2021)

 Assalamualaikum wbt.

Saya SITI FAUZILAH BINTI HJ. ABDULLAH. berumur 58 tahun sudah berpencen.
suasana pekerjaan saya selama 35 tahun di Makmal , buat bancuhan bahan bahan kimia Asid pekat, bahan kimia pepejal, specimen2 kultur dan lain lain salah satu kemunkinan menyumbang dalam kanser saya ini.
Takpe lah, nie salah satu ujian dari Allah SWT untuk Akak. Akak redha dan Alhamdulillah, Allah jugak lah yang telah memudahkan semua urusan rawatan dan kesembuhan untuk Akak. Alhamdulillah...
Saya mula dikesan mengalami kanser pada 18/2/2021 setelah menjalani Biopsy pada 25/2/2021.
Sebelum itu pada tahun 2020 bulan September, saya ada merasa satu ketulan kecil tumbuh di leher sebelah kiri. Begitu juga apabila saya berkahak akan keluar lendir dan ada sedikit saja darah cair kahak tersebut. Saya hanya fikirkan darah tu mungkin sebab cuaca panas dan ketulan di leher hanya bengkak kalenjar sebab tak sihat...
Terus saya abaikan sehingga bengkak dileher semakin besar ketulan yg bersaiz seperti telur 6cm dekat leher . Selepas urat di belakang kepala dah mula terasa sakit yg amat sangat pada awal bulan 2/2021, saya terus ke klinik pakar dan buat full check up di ENT .
Pada 25/2/2021 saya buat Biopsy dan keputusan yg saya dapat saya disahkan Kanser Belakang Hidung Stage 4 (Nasopharyngeal Carcinoma). Alhamdulillah.
Saya terima keputusan Doktor dengan senyuma dan berkata dalam hati (Ya Allah, kalau ini Engkau Anugerahkan kepada aku, aku redha dan terima seikhlas hati dan Semoga Engkau Ya Allah permudahkan untuk aku mencari penawar serta permudahkan aku menjalani setiap rawatan utk sakitku ini.) itu yg terlintas dalam hati dan fikiran saya waktu tu...
Selepas tau saja ada kanser saya terus tanpa berlengah cari dlm internet mengenai ubat atau apa2 saja ubat utk kanser.. Alhamdulillah. Allah permudahkan carian terus terjumpa Jutawan Herbs En. Zuhari. Terus wasap En. Zu, ceritakan masalah. En. Zuhari berikan kerjasama dan penerangan yg jelas mengenai khasiat Jus mana yang sepatutnyer saya minum ikut jenis kanser yang saya hidapi. En. Zuhari selalu cakap (kita ubat sampai Akak sampai sembuh taw).
Saya dah mula minum Jus Lamanda sebelum hospital buat Ct Scan dan PT Scan.
CT Scan buat pada 23/2/2021
PT Scan pada 2/3/2021
Semua rawatan ini saya buat di Hospital Swasta di Melaka.
Nak dijadikan satu cerita... Apabila berbincang dengan Doktor Pakar Kanser di hospital tersebut Kos untuk jalani kimoterapi 3 cycle kos mencecah hampir 80k itu tak termasuk lagi rawatan dlm wad dan kos utk jalani Radiotrapi .
Pulang ke rumah dan berbincang dgn suami dan anak2 mengenai kos rawatan yg terlalu mahal, tiba2 jantung saya bergerak laju dan badan terus lembik berpeluh satu badan. Ambulan Hospital Besar Melaka dtg ambik bawa ke Hospital Besar Melaka.
Masuk Zon Merah. Doktor yg rawat tanya suami isteri ada sakit yg lain tak? Alhamdulillah, suami saya bawa sekali semua surat dan salinan CT Scan, PT Scan dan tunjukkan pada Doktor yg sedang buat rawatan jantung pada masa tu...
Suami tanya Doktor boleh ke isteri saya dapatkan rawatan kanser di hospital nie jugak? Alhamdulillah, Doktor yg merawat jawap (Boleh Encik).
Allah...bila fikir2 semula, asbab jantung saya laju hanya Allah nak memudahkan proses rawatan saya utk seterusnya.
Duduk dlm wad selama 5 hari utk pemantaun jantong dan dapatkan jugak rawatan di klinik pakar ENT.
Selama 5 hari dlm wad, saya masih minum Lamanda yg serbuk setiap hari tanpa gagal. Alhamdulillah.
Apabila dirujuk terus ke IKN Putrajaya utk jalani kimoterapi 3 cycle selama hampir 2 bulan dari 25/3/2021 hingga 24/5/2021
dan
jalani radiotrapi 33 kali dari 21/6/2021 hingga 5/8/2021.
Semasa menjalani rawatan kimoterapi dan radiotrapi, saya perlu duduk di wad. Kimoterapi selalu duduk wad 3 hari 2 malam.
Untuk proses radiotrapi saya perlu duduk di wad selama 5 hari dari hari Isnin hingga ptg Jumaat.
Jadi sepanjang duduk dalam wad sememangnya Serbuk Lamanda saya minum setiap pagi dan malam setiap hari tanpa gagal.
Selepas itu saya terus buat pemeriksaan yg lengkap iaitu :-
Ct
Sepanjang jalani kimoterapi dan radiotrapi. Kita akan terasa lenguh sakit2 badan, mual2, loya, muntah dan mcm2 rasa. Alhamdulillah. Sepanjang rawatan rambut saya hanya gugur sikit sangat, rambut masih lebat lagi masa tu. Kawan2 dlm wad heran tguk rambut saya masih banyak, sebab rambut mereka gugur habis sampai botak. Saya nampak cergas dan bertenaga... tapi tidaklah secergas seperti masa sihat dulu.
Pesakit tanya saya minum apa nampak cergas, saya beritahu minum produk En. Zuhari dan beri mereka no telefon En. Zuhari, supaya mereka boleh berhubung terus.
Alhamdulillah, berkat sabar menjalani sesusahan, keperitan, kepenatan berulang alik Melaka ke Putrajaya semasa PKP dulu serta menjalani pelbagai proses rawatan perubatan kesan2 sampingan kedua2 rawatan yg hebat (Allah sahaja yg tahu dan sahabat2 yg sakit sahaja yg tahu betapa hebatnya kesan kesemua rawatan nie) Untuk makluman,
Saya tidak boleh makan nasi selama 9 bulan. Berat dulu dari 98kg, tinggal 65kg ( sampai jena rujuk pakar pemakanan di IKN). Alhamdulillah, sekarang berat badan sah mula naik ke 74kg. Saya boleh stat makan walau tak sepenuhnye pada bukan 2/2022.
Berkat istiqamahnya minum Jus dan serbuk Lamanda, Jus Muri dari Jutawan Herbs dari awal tahun 2021 sehingga sekarang, semoga Allah kurniakan kesembuhan sepenuhnye utk saya dan semuanyer pesakit2 kanser di luar sana..
Apa2 pun kita kena kuatkan semangat, sentiasa berpikiran positif , sentiasa berdoa pada Allah. Insyaallah.. Setiap kesakitan yg Allah berikan ada ubat nye. Berusaha cari dan amalkan.
Akhir sekali, saya ucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kepada Pengasas Jutawan Herbs iaitu En. Zuhari.
Segala tunjuk ajar, kata2 semangat dan selalu bagi harga promosi bagi pesakit2 En. Zuhari banyak membantu kami untuk membeli Jus Jus dari Jutawan Herbs.
SITI FAUZILAH BINTI HJ Siti Fauzilah Abdullah
Alhamdulillah. Tkasih.
Saya SITI FAUZILAH BINTI HJ ABDULLAH














Comments

Popular posts from this blog

TESTIMONI KANSER USUS TAHAP 2 (2016)

    PUAN ROHIMAH BT CHE AMAT ayah dia sakit kanser usus tahap 2       ALHAMDULILAH.....

TESTIMONI JANTUNG BERLUBANG & TEKANAN PARU2 TINGGI (2020)

  Adik Nur Fatihah Binti Mohd Haffiz. Masalah jantung berlubang dan tekanan paru2 yang tinggi dan tidak dapat melakukan pembedahan jantung selagi tekanan pada paru2 yang terlalu tinggi dan irama jantung tidak stabil dan doktor telah memberi masa hidup cuma empat tahun saja selagi tidak dapat menjalani rawatan operate...Alhamdulilah asbab untuk sembuh dengan izin Allah setelah mengamal kan jus..degupan jantung menjadi stabil kembali dan doktor pun terkejut..boleh lihat pada scren shot perbulan wasap2 di bwah dan selamat melakukan operate tnpa menghadapai sebarang komplikasi jantung dan paru2 wlau awal2 lagi doktor cakap xmmpu nk buat sebarang operate dan kalau buat risiko kehilangan nyawa cukup tinggi...Alhamdulilah Allah permudah kan segala gala nya..slmt mmbaca sebhagian wasap2 yang panjag n sy mengambil yang ringkas2 sja.                              Awal pengenalan dgn ibu adik Nur Fatihah Alhamdulilah Mu...

Pengalaman Pesakit Kanser Payudara Tahap 2 (Positif Hormon)2019

Perkongsian pengalaman Puan Zainani Azra Zainal Abidin yang menghidap kanser payudara Tahap 2 (positif hormon) pada tahun 2018 dan telah menjalani rawatan pada tahun 2019. Sekarang dah sembuh.