Apa Itu Kanser Payudara?
Kanser payudara ialah pertumbuhan sel yang tidak normal dalam tisu payudara, biasanya bermula di saluran susu (ductal) atau kelenjar susu (lobular). Sel ini boleh merebak (metastasis) ke bahagian badan lain melalui darah atau sistem limfa.
Tahap (Stage) Kanser Payudara: Stage 1–4
Tahap menunjukkan luas mana kanser telah merebak. Lebih awal dikesan, lebih tinggi peluang sembuh.
Tahap 1 (Awal):
Tumor kecil (≤ 2 cm)
Tidak merebak ke nod limfa
Belum melibatkan tisu luar
Rawatan biasanya:
Lumpektomi + Radioterapi
Mastektomi jika perlu
Hormon terapi jika ER/PR positif
Tahap 2:
Tumor 2–5 cm
Mungkin telah merebak ke 1–3 nod limfa axilla (ketiak)
Rawatan lebih menyeluruh:
Pembedahan
Kemoterapi
Radioterapi
Terapi hormon/herceptin jika perlu
Tahap 3 (Lokal Lanjutan):
Tumor > 5 cm, atau
Banyak nod limfa terlibat (≥4), atau
Lekat ke kulit/dada
Rawatan:
Kemo sebelum bedah (neoadjuvant)
Mastektomi besar + buang nod limfa
Radioterapi menyeluruh
Rawatan susulan ikut reseptor
Tahap 4 (Metastatik):
Kanser telah merebak ke organ lain: paru-paru, hati, tulang, otak
Bukan lagi boleh dirawat sepenuhnya, tetapi masih boleh dikawal
Rawatan:
Kemo, hormon, terapi sasaran, imunoterapi
Fokus pada kualiti hidup & kurangkan simptom
Gred Kanser Payudara: Grade 1–3
Gred menunjukkan betapa abnormal & agresif sel kanser tu di bawah mikroskop – bukan tentang saiz atau penyebaran, tapi sifat sel tu sendiri.
Grade 1 (Well-differentiated / Gred Rendah):
Sel kelihatan hampir normal
Pertumbuhan perlahan
Biasanya kurang agresif
Prognosis baik
Boleh cukup dengan pembedahan + terapi ringan
Grade 2 (Moderately differentiated / Gred Sederhana):
Sel nampak lebih tidak teratur berbanding normal
Pertumbuhan sederhana laju
Perlukan rawatan lebih menyeluruh
Prognosis sederhana, bergantung pada tahap
Grade 3 (Poorly differentiated / Gred Tinggi):
Sel sangat abnormal
Tumbuh dan merebak cepat
Cenderung jadi lebih agresif
Perlukan:
Kemo agresif
Rawatan bersifat menyeluruh
Pemantauan jangka panjang
Biasanya dikaitkan dengan triple-negative atau HER2+
Jenis-Jenis Kanser Payudara
Berikut antara jenis utama yang biasa didiagnosis:
1. Invasive Ductal Carcinoma (IDC) – Paling Biasa (>70%)
Bermula di saluran susu
Telah tembusi dinding saluran dan merebak ke tisu
Boleh merebak ke nod limfa dan organ
Rawatan ikut tahap & gred
2. Invasive Lobular Carcinoma (ILC)
Bermula di lobul (kelenjar susu)
Kadang tak nampak di mamogram
Tumbuh seperti susunan “tali” di dalam payudara
Biasanya hormon positif (ER/PR+)
3. Ductal Carcinoma In Situ (DCIS)
Tahap pra-kanser
Belum tembusi salur susu
Peluang sembuh sangat tinggi jika dikesan awal
Biasanya dikesan masa mamogram
Rawatan:
Lumpektomi + Radioterapi
Kadang2 mastektomi
4. Triple-Negative Breast Cancer (TNBC)
ER-, PR-, HER2- (3 reseptor tiada)
Tak boleh dirawat dengan hormon atau herceptin
Lebih biasa pada wanita muda & orang Afrika/Asia
Gred biasanya tinggi (Grade 3)
Cepat merebak, tetapi respons baik terhadap kemoterapi
Rawatan:
Kemo intensif
Imunoterapi (contoh: pembrolizumab)
5. HER2-Positive Breast Cancer
Terlalu banyak protein HER2 (rangsang pertumbuhan sel)
Lebih agresif, tapi ada rawatan khas
Rawatan:
Trastuzumab (Herceptin)
Kemoterapi + terapi sasaran
Prognosis lebih baik berbanding dulu
6. Hormone Receptor-Positive (ER+/PR+)
Bergantung pada estrogen/progesteron untuk tumbuh
Biasanya lambat membesar
Rawatan:
Terapi hormon (tamoxifen, aromatase inhibitor)
Rawatan jangka panjang (hingga 5–10 tahun)
Apa Terjadi Selepas Disahkan Kanser Payudara?
Lepas disahkan dari biopsi, berikut langkah2 seterusnya:
1. Ujian Lengkap:
CT Scan, Bone Scan, PET Scan
Untuk tentukan tahap (ada tak merebak?)
Ujian darah (fungsi hati, buah pinggang, CBC)
2. Ujian Reseptor:
Hormon: Estrogen (ER), Progesteron (PR)
HER2: protein pertumbuhan
Ini bantu tentukan jenis & rawatan
3. Mesyuarat Multidisiplin (MDT)
Doktor bedah, onkologi, radiologi, patologi bincang
Pilih rawatan paling sesuai utk pesakit
Rawatan Lengkap Kanser Payudara
A. Pembedahan
Lumpektomi – Buang tumor saja
Mastektomi – Buang keseluruhan payudara
Axillary dissection – Buang nod limfa
B. Radioterapi
Sinaran fokus bunuh baki sel kanser
Biasanya lepas lumpektomi atau nod limfa positif
C. Kemoterapi
Ubat sistemik untuk bunuh sel kanser seluruh badan
Kesan sampingan: loya, rambut gugur, letih
Biasanya bila:
Tumor besar
Gred tinggi
Reseptor negatif
Nod limfa terlibat
D. Terapi Hormon
Untuk kanser hormon positif
Tamoxifen, Letrozole, Anastrozole
E. Terapi Sasaran (Targeted Therapy)
Untuk HER2+
Herceptin, Perjeta
F. Imunoterapi
Untuk TNBC atau kanser berpotensi imun-sensitif
Contoh: pembrolizumab
Sokongan Emosi & Kualiti Hidup
Kaunseling & kumpulan sokongan bantu pesakit kuat semangat
Pemakanan sihat, senaman ringan & doa juga penting
Jangan putus harapan – rawatan moden dan herba sangat membantu
Adakah Kemoterapi untuk Kanser Payudara Sama dengan Kanser Lain?
Ramai pesakit bertanya: “Kalau saya kena kanser payudara, adakah rawatan kemoterapi sama dengan orang lain yang kena kanser paru-paru, usus atau darah?”
Jawapannya ialah:
Ya – ada persamaan asas, tetapi setiap jenis kanser gunakan gabungan ubat yang berbeza.
Persamaan Kemoterapi Semua Jenis Kanser:
1. Tujuan utama sama – membunuh sel kanser dengan menghalang proses pembahagian sel.
2. Rawatan sistemik – ubat dibawa oleh darah ke seluruh badan untuk bunuh sel kanser di mana sahaja.
3. Diberi dalam bentuk kitaran (cycle) – contohnya, rawatan sekali seminggu atau sekali setiap 3 minggu, diikuti masa rehat.
4. Kaedah pemberian – melalui infusi intravena (IV), kapsul atau suntikan.
5. Kesan sampingan umum – loya, muntah, rambut gugur, letih, kurang sel darah putih.
Perbezaan Kemoterapi Kanser Payudara Berbanding Kanser Lain:
Aspek: Jenis Ubat
Kanser Payudara: Doxorubicin, Cyclophosphamide, Paclitaxel, Docetaxel
Kanser Lain (Contoh):
Usus (kolorektal): 5-FU, Oxaliplatin
Limfoma: Vincristine, Doxorubicin
Testis: Bleomycin, Etoposide
Aspek: Gabungan Ubat
Kanser Payudara: AC (Adriamycin + Cyclophosphamide), AC-T, FEC
Kanser Lain: FOLFOX (kolon), CHOP (limfoma), BEP (testis)
Aspek: Rawatan Tambahan
Kanser Payudara: Terapi hormon (Tamoxifen, Letrozole), HER2-targeted (Herceptin)
Kanser lain: Tidak semua ada reseptor hormon atau HER2
Aspek: Jangka Masa Rawatan
Kanser Payudara: 3–6 bulan (bergantung tahap & jenis)
Kanser lain: Ada lebih pendek (contoh leukemia akut), ada lebih panjang (limfoma kronik)
Aspek: Kesan Sampingan Spesifik
Kanser Payudara: Termasuk perubahan hormon, isu kesuburan wanita
Kanser lain: Bergantung pada lokasi dan jenis ubat
Kenapa Ubat dan Gabungan Berbeza?
Setiap jenis kanser tumbuh dan merebak dengan cara berbeza.
Sel kanser di payudara tak sama dengan sel kanser di usus, paru-paru atau darah.
Pakar onkologi akan pilih ubat dan jadual rawatan khas berdasarkan:
Jenis sel kanser
Tahap dan gred
Status reseptor (contohnya: ER, PR, HER2)
Umur dan kesihatan umum pesakit
Kesimpulan Penting
Kemoterapi memang berkongsi prinsip yang sama untuk semua jenis kanser – iaitu membunuh sel kanser yang aktif membiak. Tetapi, gabungan ubat, dos, tempoh rawatan dan keberkesanan sangat bergantung pada jenis kanser.
Untuk kanser payudara, doktor akan rancang rawatan secara khusus – termasuk jika perlu terapi tambahan seperti hormon, sasaran HER2 atau imunoterapi – demi hasil yang paling baik untuk pesakit.
Comments
Post a Comment